Ramadhan menjelma kini sekarang 3 hari umat islam dah berpuasa.aku duduk menghadap laptop chatting bersama kawan-kawan sehingga tak sedar jam berdetik pukul 7pagi dan mula bersiap.
"Sayang,jangan lupa esok temankan abang uruska persekolahan adk ya" itu pesanan yang dek kekal dalam ingatanku.
"Iya bang" sambutku.
Alhamdulillah walaupun sekolah lain tak dapat nak menampung seorang pelajar lagi ada juga sekolah yang dapat memberi feedback baik pada kami. Syukur! Salleh tersenyum dan memimpin tanganku ketika melintas jalan. Aku cuba mengawal gelora yang berada di hati ini ketika berhadapan dengannya.Entah,ku rasa berdebar-debar. Setelah ke Kajang untuk mengambil borang tertentu kemudian kembali ke sekolah dan seterusnya ke shah alam.Ya Allah sungguh mmenatkan.aku tertidur saat dia mula memandu.Salleh melihat tunangan di sisi.
"Kesian dia.penat sangat agaknya" Salleh membelai pipi mulus Setia. Ayu sungguh tunangannya memakai tudung lalu di kembalikan tumpuannya pada pemanduan. tetapi Salleh berdiam tidak lama kerana tak mahu bosan seorang dia mula menggerakkan Setia yang bangun secara tiba-tiba.
"Da sampai ke bang?" tanya ku.
"Belum lagi tapi kalau sayang temankan abang tak ada lah bosan sangat. boleh ya sayang?" Salleh merengek dan aku sekadar tersenyum.
"Okay bang. Kita dah sampai mana?" ku lihat sekeliling hanyalah jalan raya yang penuh sesak telah melepasi plaza tol.
"Baru masuk kawasan Shah Alam sayang"
Tepat pukul 4.40 petang urusan di Shah Alam telah di selesaikan dan hanya tinggal menunggu jawapan sahaja. Sepanjang perjalanan tiada suara hanya muzik yang memecahkan kesunyian kami. Salleh menarikku dekat dengannya dan membisikkan "i Love U" di telingaku walaupun bertudung masih ku dengar kata-katanya.
"I love you sayang. Jangan tinggalkan abang ya, janji?" katanya ke padaku.
"Iya, Setia janji" aku mengangguk dan hadiahkn senyuman yang paling manis kepadanya. Jalanraya sesak membuatkn masa yang berjalan seperti lama saja.
"Abang, kita cari Petronas dulu boleh? nak solatlah." kataku perlahan.
"Iyalah, nanti kita cari ya." katanya perlahan.
"Abang, cd mana?"
"Cuba cari bawah tu"
"Ok." ku capai cd yang memainkan muzik dari kumpulan Kristal.ku mengikut rentak muzik yang dimainkan.Salleh pula mengangggukkan kepalanya mengikut rentak drum sambil bernyanyi. Aku membuang pandangan ke luar tingkap melihat kawasan yang kulihat redup mataku memandang. Salleh menggenggam erat jari jemariku sehingga membuatkan aku memandangnya dan dia sekadar mengenyit matanya sebentar cukup membuatkan wajahku merona merah.
"Malu ya sayang abang ni?" Salleh ketawa berdekah-dekah. Sampai saja aku mengambil wuduk dan solat asar bersamanya.
Menu berbuka di pesan, Salleh memegang jari jemariku dan seperti mengharap dikucupnya jariku. Mula didekatkan wajahnya dan aku seperti tersedar dari alam nyata segera ku beristighfar.
"Abang, tak eloklah" Salleh seperti terkejut juga beristighfar.
"Maafkan abang sayang ya" Aku mengangguk lemah.
"Abang akan cari kerja yang hasil dari titik peluh abang dan abang akan pastikan halal sayang takut nanti kalau abang kerja jaga kedai tu tak berkat"
"Maksud abang?"
"Abang nak duit untuk kita kahwin nanti tidak diragukan halalnya dan berkat sebab kalau tak berkat nanti banyak masalhnya sayang."
"betullah tuh bang" kataku..ada benarnya apa yang dikatakan olehnya.
Pada pukul 10malam baru saja ku sampai rumah khidmat pesanan ringkas sampai kepadaku.
"sayang da sampai lom?"
Aku membalas mesejnya.
"Dah Sayang" aku membersihkan diri dan solat isyak kemudian merebahkan diri di atas tilam lalu kupeluk erat bantalku sehingga mengalir airmata ini...
NANTIKAN SAMBUNGANNYA....
No comments:
Post a Comment