Kini gelaran anak yatim yang acap kali ku dengar telah jatuh ke diriku! singkat! ckup singkat hidup ni dan bumi makin lama makin tua rasanya terasa ianya tak lama lagi. Hubunganku bersama tunangku semakin membaik atas keinsafan diri kami masing-masing yang terlalu ego pada mulanya. Di dalam perjalanan pulang ke rumah selepas majlis tahlil di rumah saudaraku untuk hari ke3,aku berada di dalam keretanya untuk dia menghantarku pulang, entah bagaimana aku tertarik untuk melihatnya. secara diam-diam aku melihatnya di sebelah yang leka memandu membuatkan aku tersenyum.Ku sedar dia kacak dalam mengenakan baju melayu pink bersongkok hitam sehingga terleka dia menyedari perbuatanku itu.
"Ah,sudah! terkantoi pula!" aku terdiam dan tersipu-sipu malu.
"Tengok apa tu sayang? tengok abang curi-curi ya?" dia tersenyum sambil menggenggam jari tanganku namun cepat sahaja aku menarik agar tidak terganggu pemanduannya.
"Erm, salahkah?" soalku
"Taklah sayang. abang suka lagi adalah" katanya.
"Oh, abang sayang by? janji dengan by buang semua skandal tu?"
"Yer sayang! abang janji. by pun sama ya?" memang menyakitkan hati bila ada orang ketiga di antara kami yang berusaha keras nak menghancurkan kami. sudahnya keputusan yang aku ambil adalah menukar mobile prepaid yang kami pakai.
Sesudah sampai di rumahku kami berbual bersama orang tuaku.tudung tidakku tanggal kerana dia masih belum sah untuk melihat rambutku.Mobile prepaid kami yang lama telah di patahkan tanda permulaan untuk buku baru yang kami akan lakarkan nanti. Ibu dan ayah tiriku sekadar memerhati jam telah berdetik pukul 12tengah malam, rasa tidak elok rasanya terlalu lewat untuknya pulang ke rumah dan aku hanya menemaninya hingga ke pintu kereta.
"Kita mulakan dari awal ya sayang?? abang tak mahu sayang sedih-sedih lagi. jangan di fikirkan sangat orang yang telah pergi,tak elok! abang nak tengok sayang macam dulu ceria saja" nasihatnya
"Ya,by faham. abang balik hati-hati janagan lupa kirim slam pada bapak dan ibu ya?"
"Ye sayang abang faham." dia mencuit daguku dan tersenyum ke arahku. mesra sekali. aku pula tersipu-sipu malu hanya anggukkan kepala menjadi jawapan tanda patuh akan kata-katanya. Dia menghulurkan tangan meminta ku sambut penuh kasih untuk mengucup tangannya sebelum mengatur langkah untuk beredar.Untuk tidak menghampakannya ku sambut dan ku kucup tangannya sambil dia membelai kepalaku meminta aku untuk tidak sesekali membuka tudung ini seperti asal.
"Ingat,jangan sesekali melepaskan tudung ini sebab abang dah rasa sejuk bila tengok sayang abang ni bertudung macam ni. Comel tau?" katanya lagi.
"Ye" aku tersenyum. kereta yang dipandu mula menyusur laju meninggalkan perkarangan rumahku malahan sempat dia melambai tangan ke arahku dan dalam hati aku berbisik.
"Apa pun akan terjadi,akanku jaga diriku untuk lelaki yang sah menjadi suamiku kelak dan tidak akan sesekali aku mendedahkan auratku pada lelaki lain kerana diriku hanya untukmu sayang. Ya Allah,atas namaMu aku amat mencintainya. Satukan kami Ya Allah.
SAMBUNGAN AKAN DATANG...NANTIKAN....
No comments:
Post a Comment