Wednesday 3 August 2011

BaB 3: Seharian Bersama Salleh

Ramadhan menjelma kini sekarang 3 hari umat islam dah berpuasa.aku duduk menghadap laptop chatting bersama kawan-kawan sehingga tak sedar jam berdetik pukul 7pagi dan mula bersiap.

   "Sayang,jangan lupa esok temankan abang uruska persekolahan adk ya" itu pesanan yang dek kekal dalam ingatanku.
    "Iya bang" sambutku.

Alhamdulillah walaupun sekolah lain tak dapat nak menampung seorang pelajar lagi ada juga sekolah yang dapat memberi feedback baik pada kami. Syukur! Salleh tersenyum dan memimpin tanganku ketika melintas jalan. Aku cuba mengawal gelora yang berada di hati ini ketika berhadapan dengannya.Entah,ku rasa berdebar-debar. Setelah ke Kajang untuk mengambil borang tertentu kemudian kembali ke sekolah dan seterusnya ke shah alam.Ya Allah sungguh mmenatkan.aku tertidur saat dia mula memandu.Salleh melihat tunangan di sisi.
   "Kesian dia.penat sangat agaknya" Salleh membelai pipi mulus Setia. Ayu sungguh tunangannya memakai tudung lalu di kembalikan tumpuannya pada pemanduan. tetapi Salleh berdiam tidak lama kerana tak mahu bosan seorang dia mula menggerakkan Setia yang bangun secara tiba-tiba.
   "Da sampai ke bang?" tanya ku.
   "Belum lagi tapi kalau sayang temankan abang tak ada lah bosan sangat. boleh ya sayang?" Salleh merengek dan aku sekadar tersenyum.
   "Okay bang. Kita dah sampai mana?" ku lihat sekeliling hanyalah jalan raya yang penuh sesak telah melepasi plaza tol.
   "Baru masuk kawasan Shah Alam sayang"


Tepat pukul 4.40 petang urusan di Shah Alam telah di selesaikan dan hanya tinggal menunggu jawapan sahaja. Sepanjang perjalanan tiada suara hanya muzik yang memecahkan kesunyian kami. Salleh menarikku dekat dengannya dan membisikkan "i Love U" di telingaku walaupun bertudung masih ku dengar kata-katanya.
   "I love you sayang. Jangan tinggalkan abang ya, janji?" katanya ke padaku.
   "Iya, Setia janji" aku mengangguk dan hadiahkn senyuman yang paling manis kepadanya. Jalanraya sesak membuatkn masa yang berjalan seperti lama saja.
   "Abang, kita cari Petronas dulu boleh? nak solatlah." kataku perlahan.
   "Iyalah, nanti kita cari ya." katanya perlahan.
   "Abang, cd mana?"
   "Cuba cari bawah tu"
   "Ok." ku capai cd yang memainkan muzik dari kumpulan Kristal.ku mengikut rentak muzik yang dimainkan.Salleh pula mengangggukkan kepalanya mengikut rentak drum sambil bernyanyi. Aku membuang pandangan ke luar tingkap melihat kawasan yang kulihat redup mataku memandang. Salleh menggenggam erat jari jemariku sehingga membuatkan aku memandangnya dan dia sekadar mengenyit matanya sebentar cukup membuatkan wajahku merona merah.
   "Malu ya sayang abang ni?" Salleh ketawa berdekah-dekah. Sampai saja aku mengambil wuduk dan solat asar bersamanya.
Menu berbuka di pesan, Salleh memegang jari jemariku dan seperti mengharap dikucupnya jariku. Mula didekatkan wajahnya dan aku seperti tersedar dari alam nyata segera ku beristighfar.
   "Abang, tak eloklah" Salleh seperti terkejut juga beristighfar.
   "Maafkan abang sayang ya" Aku mengangguk lemah.
   "Abang akan cari kerja yang hasil dari titik peluh abang dan abang akan pastikan halal sayang takut nanti kalau abang kerja jaga kedai tu tak berkat"
   "Maksud abang?"
   "Abang nak duit untuk kita kahwin nanti tidak diragukan halalnya dan berkat sebab kalau tak berkat nanti banyak masalhnya sayang."
   "betullah tuh bang" kataku..ada benarnya apa yang dikatakan olehnya.

Pada pukul 10malam baru saja ku sampai rumah khidmat pesanan ringkas sampai kepadaku.

     "sayang da sampai lom?"




Aku membalas mesejnya.




     "Dah Sayang" aku membersihkan diri dan solat isyak kemudian merebahkan diri di atas tilam lalu kupeluk erat bantalku sehingga mengalir airmata ini...


NANTIKAN SAMBUNGANNYA....

Friday 29 July 2011

Perjalanan Yang Bermula

Kini gelaran anak yatim yang acap kali ku dengar telah jatuh ke diriku! singkat! ckup singkat hidup ni dan bumi makin lama makin tua rasanya terasa ianya tak lama lagi. Hubunganku bersama tunangku semakin  membaik atas keinsafan diri kami masing-masing yang terlalu ego pada mulanya. Di dalam perjalanan pulang ke rumah selepas majlis tahlil di rumah saudaraku untuk hari ke3,aku berada di dalam keretanya untuk dia menghantarku pulang, entah bagaimana aku tertarik untuk melihatnya. secara diam-diam aku melihatnya di sebelah yang leka memandu membuatkan aku tersenyum.Ku sedar dia kacak dalam mengenakan baju melayu pink bersongkok hitam sehingga terleka dia menyedari perbuatanku itu.
"Ah,sudah! terkantoi pula!" aku terdiam dan tersipu-sipu malu.
"Tengok apa tu sayang? tengok abang curi-curi ya?" dia tersenyum sambil menggenggam jari tanganku namun cepat sahaja aku menarik agar tidak terganggu pemanduannya.
"Erm, salahkah?" soalku
"Taklah sayang. abang suka lagi adalah" katanya.
"Oh, abang sayang by? janji dengan by buang semua skandal tu?"
"Yer sayang! abang janji. by pun sama ya?" memang menyakitkan hati bila ada orang ketiga di antara kami yang berusaha keras nak menghancurkan kami. sudahnya keputusan yang aku ambil adalah menukar mobile prepaid yang kami pakai.
Sesudah sampai di rumahku kami berbual bersama orang tuaku.tudung tidakku tanggal kerana dia masih belum sah untuk melihat rambutku.Mobile prepaid kami yang lama telah di patahkan tanda permulaan untuk buku baru yang kami akan lakarkan nanti. Ibu dan ayah tiriku sekadar memerhati jam telah berdetik pukul 12tengah malam, rasa tidak elok rasanya terlalu lewat untuknya pulang ke rumah dan aku hanya menemaninya hingga ke pintu kereta.
"Kita mulakan dari awal ya sayang?? abang tak mahu sayang sedih-sedih lagi. jangan di fikirkan sangat orang yang telah pergi,tak elok! abang nak tengok sayang macam dulu ceria saja" nasihatnya
"Ya,by faham. abang balik hati-hati janagan lupa kirim slam pada bapak dan ibu ya?"
"Ye sayang abang faham." dia mencuit daguku dan tersenyum ke arahku. mesra sekali. aku pula tersipu-sipu malu hanya anggukkan kepala menjadi jawapan tanda patuh akan kata-katanya. Dia menghulurkan tangan meminta ku sambut penuh kasih untuk mengucup tangannya sebelum mengatur langkah untuk beredar.Untuk tidak menghampakannya ku sambut dan ku kucup tangannya sambil dia membelai kepalaku meminta aku untuk tidak sesekali membuka tudung ini seperti asal.
"Ingat,jangan sesekali melepaskan tudung ini sebab abang dah rasa sejuk bila tengok sayang abang ni bertudung macam ni. Comel tau?" katanya lagi.
"Ye" aku tersenyum. kereta yang dipandu mula menyusur laju meninggalkan perkarangan rumahku malahan sempat dia melambai tangan ke arahku dan dalam hati aku berbisik.
"Apa pun akan terjadi,akanku jaga diriku untuk lelaki yang sah menjadi suamiku kelak dan tidak akan sesekali aku mendedahkan auratku pada lelaki lain kerana diriku hanya untukmu sayang. Ya Allah,atas namaMu aku amat mencintainya. Satukan kami Ya Allah.
SAMBUNGAN AKAN DATANG...NANTIKAN....

Thursday 28 July 2011

Kematian 26 Julai 2011

* Tarikh 26 Julai 2011 pada pukul 12.47 pm... terdengar suara tangisan seisi hospital dimana seorang hamba Allah di panggil dan di jemput  menghadap Allah yang satu! Pewaris sulung rebah tatkala mendengar berita yang tekeluar dari bibir doktor yang merawatnya.pewaris kedua iaitu adik bongsunya dalam perjalanan yang terpaksa menempuh halangan demi bertemu ayahanda yang terbaring kaku di sana. kenderaan yang ingin dinaiki tidak berfungsi. Bonda,yang datang tepat pada wkatu memapah anak perempuannya yang tiada berdaya umpama batu besar yang menghempap tubuh kecilnya. Tiada terlawan kudratnya pabila melihat ayahanda terbaring berbalut kain putih dan diikat! Ya ALLAH!!! adik seperti hilang arah,tiada pedoman! di peluk erat tubuh kaku ayahanda,cuba di goncang tubuh ayahanda namun tiada terbalas! tetap diam membisu! kakak sepupu yang terlalu hiba akan situasi itu memeluk tubuhku menggenggam tanganku.Ku ber lari ke balai penghadapan kulihat abang teduduk layu seperti di dunianya sendiri! aku berlari ke arahnya aku tumbuk dadanya,aku sepak kakinya oleh kerana membiarkan ayah berbalut seperti itu dan kata-kata yang seperti tiada pegangan agama.Astaghfirulah....Sungguh seribu penyesalan oleh kerana kata-kata cubaan melawan takdir! Allah maafkan hambaMu ini.
* Ayahanda di mandikan,dan siap dikafankan. Ya Allah! wajahnya berseri-seri! Ayahanda tersenyum,kulitnya lembut sperti sedang tidur dan matanya terpejam rapat! ku cium dahinya sambil tertanya-tanya adakah ayah aman di sana??? Ya Allah,ampunkan dosanya! aku berlari keluar dan tersandar di satu sudut tak mampu menahan air mata ini dari terus mengalir! Tunanganku yang muncul sejak tiba-tiba datang menerpa! Ayah,kenapa sekarang?? tidakkah ayah mahu lihat adik berumah tangga? tidakkah ayah mahu menjadi wali adik nanti?ayah,adik sayang ayah! aku langsung tiada bermaya lantaran aku dipapah oleh tunanganku...
*waktu sampai ke petang perut yang tidak terisi tidak ku peduli.tanganku menggigil saat melihat ayah di tanah,ditutup dengan papan,di timbus dengan tanah,dicacak dengan batu nisan dan tatkala menjirus air bunga untuk ayahanda buat pertama kalinya.abang sebak,dadaku sakit secara tiba-tiba! saudara mengurut dadaku.dan membaringkan aku di tilam ayah.Ku peluk kain terakhir yang membalut dirinya sehingga tertidur.
Ya Allah...pulihkan semangatku!!!