
* Tarikh 26 Julai 2011 pada pukul 12.47 pm... terdengar suara tangisan seisi hospital dimana seorang hamba Allah di panggil dan di jemput menghadap Allah yang satu! Pewaris sulung rebah tatkala mendengar berita yang tekeluar dari bibir doktor yang merawatnya.pewaris kedua iaitu adik bongsunya dalam perjalanan yang terpaksa menempuh halangan demi bertemu ayahanda yang terbaring kaku di sana. kenderaan yang ingin dinaiki tidak berfungsi. Bonda,yang datang tepat pada wkatu memapah anak perempuannya yang tiada berdaya umpama batu besar yang menghempap tubuh kecilnya. Tiada terlawan kudratnya pabila melihat ayahanda terbaring berbalut kain putih dan diikat! Ya ALLAH!!! adik seperti hilang arah,tiada pedoman! di peluk erat tubuh kaku ayahanda,cuba di goncang tubuh ayahanda namun tiada terbalas! tetap diam membisu! kakak sepupu yang terlalu hiba akan situasi itu memeluk tubuhku menggenggam tanganku.Ku ber lari ke balai penghadapan kulihat abang teduduk layu seperti di dunianya sendiri! aku berlari ke arahnya aku tumbuk dadanya,aku sepak kakinya oleh kerana membiarkan ayah berbalut seperti itu dan kata-kata yang seperti tiada pegangan agama.Astaghfirulah....Sungguh seribu penyesalan oleh kerana kata-kata cubaan melawan takdir! Allah maafkan hambaMu ini.
* Ayahanda di mandikan,dan siap dikafankan. Ya Allah! wajahnya berseri-seri! Ayahanda tersenyum,kulitnya lembut sperti sedang tidur dan matanya terpejam rapat! ku cium dahinya sambil tertanya-tanya adakah ayah aman di sana??? Ya Allah,ampunkan dosanya! aku berlari keluar dan tersandar di satu sudut tak mampu menahan air mata ini dari terus mengalir! Tunanganku yang muncul sejak tiba-tiba datang menerpa! Ayah,kenapa sekarang?? tidakkah ayah mahu lihat adik berumah tangga? tidakkah ayah mahu menjadi wali adik nanti?ayah,adik sayang ayah! aku langsung tiada bermaya lantaran aku dipapah oleh tunanganku...
*waktu sampai ke petang perut yang tidak terisi tidak ku peduli.tanganku menggigil saat melihat ayah di tanah,ditutup dengan papan,di timbus dengan tanah,dicacak dengan batu nisan dan tatkala menjirus air bunga untuk ayahanda buat pertama kalinya.abang sebak,dadaku sakit secara tiba-tiba! saudara mengurut dadaku.dan membaringkan aku di tilam ayah.Ku peluk kain terakhir yang membalut dirinya sehingga tertidur.
Ya Allah...pulihkan semangatku!!!